Friday, 26 August 2016

Rahsia (( Marketing II )



ENTRI NI SAMBUNGAN UNTUK POST SEBELUM NI .
UNTUK YANG TAK BACA YANG SEBELUM NI PUNYA , BOLEH BACA KAT --------> SINI


Assalamualaikum semua . Sihat ka ? hehe semoga sihat semuanya.

Okay harini takmau mukadimmah panjang-panjang * sebab idea takmai lagi *

Sambung dengan tips minggu lepas, kami akan tambah lagi beberapa tips utk kita sama sama amalkan . InsyaAllah 

3) MEDIA SOSIAL

- Cara ni ialah cara paling berpengaruh dan cepat sekali untuk kita yang baru start nak berniaga / boleh kira lama dah berniaga / yang legend dalam business ni . Media sosial yang paling berkesan sekali ialah Facebook ( kalau sasaran pelanggan kita lebih kepada golongan belia dan keatas ) dan Instagram ( untuk yang targetkan customer dalam lingkungan remaja dan belia ) . Walau macam mana pun , kita boleh ja guna dua dua apps ni untuk promotekan produk kita. Blog pun boleh . Macam kami ni hohoho .

Kalau dah start guna Fb dan Insta ni , apa yang kita perlu buat ialah ;

  •  update setiap hari . kalau boleh dalam sehari tu , 3-5 kali. Bila kita kerap update post kita , orang akan nampak effort kita dan secara tak langsung kita akan mendapat tempat dalam hati pelanggan
  •  guna ayat santai . Boleh kalau nak formal, tapi sekali sekala tu apa salahnya kalau kita selitkan unsur lawak/ jenaka dan bahasa yang lebih mesra pelanggan . Bila post kita menarik , customer pun takkan pernah boring nak baca , depa siap tunggu lagi bila post kita nak update. 
  • letak contact number. Kalau kita promote gila gila sekalipun , tapi customer tak boleh nak berhubung dengan kita pun takdak guna jugak kan ? Antara yang kita boleh letak ialah , nombor telefon dan nombor ws ( kalau kita guna dua nombor ) 
Untuk sapa sapa yang tak tahu nak guna Fb atau Insta ni , boleh mintak tolong kawan kawan ataupun family untuk ajar . Jangan risau , senang ja nak paham benda ni . Lepas dah terer nanti haaa boleh la update selalu idok ?

4) SI PROMOTER

Utk nak handle media sosial ni kadang kadang boleh sampai jadi tak menang tangan kan ? Nak reply comment , update post selalu , edit gambar lagi . Jadi kalau nak senangkan , kita boleh upah pekerja yang kerja dia untuk handle marketing kat Fb dengan Insta ni ja . Pekerja ni akan uruskan semuanya yang berkaitan dengan pelanggan dan selok belok media sosial ni . Kerja kita pun akan jadi teratur dan tak kelam kabut dah . 

Oh jangan lupa untuk ingatkan pekerja pemasaran anda baca tips kami yang ketiga tadi tu hihi

5) FREE SAMPLE

" Apa pulak nak bagi free . Rugi la nanti ! " 

Haa mentaliti macam ni la kita kena buang kalau nak berjaya. 

Maybe dia fikir macam tu sebab dia taktau apa kebaikan kalau kita bagi free sample dekat pelanggan . 

Pelanggan ni ada macam macam gaya dan setiap seorang tu ada unik dia yang tersendiri . Kadang macam macam senario boleh timbul sebab customer ni yang kita boleh belajar dan perbaiki .

Contohnya: 

- Ada seorang customer ni terbaca post kita berkaitan produk yang kita jual . Dia teringin nak beli tapi dia takut produk kita ni tak berkualiti/ berkesan / seperti yang dia harapkan. Akhirnya dia tak beli .

Jadi kalau kita ada tawarkan sampel percuma untuk pelanggan yang ada buat permintaan , sekurang-kurangnya mereka dah cuba produk kita betul tak ? Penilaian tu dah boleh dibuat . Kalau memang betullah produk yang kita jual ni berkualiti insyaAllah pelanggan tu akan start beli produk kita . 

Bila kita fikir balik , apa sangatlah sampel percuma tu kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang akan kita dapat kalau kita dapat tambah lagi jumlah pelanggan kita . Tapi kita juga kena sedar , niat kita bagi free sample tu bukan untuk keuntungan ja tapi kita jugak boleh niatkan untuk sedekah .

Semoga dengan cara tu Allah permudahkan rezeki kita amin :)

Sekian saja . Selamat mencuba semua ! 

Nanti jangan lupa share macam mana perkembangan business hampa . InsyaAllah kita sama sama berkongsi .

Saturday, 20 August 2016

Rahsia (( Marketing ))




Assalamualaikum semua ! 

Harini kami nak bocorkan lagi satu rahsia kami kat hampa semua . Haritu dah tau satu rahsia kan ? Rahsia macam mana nak goreng keropok lekor kan kan kan ? Dah try ka belum teknik yang kami share haritu ? Kalau dah try boleh comment kat kami , berjaya ka dak okay ?

So harini , kita akan tambah lagi satu ilmu pasai keropok lekor ni , tapi kali ni topik kita akan lebih fokus kepada apa saja business yang kita buat . Sebabnya topik harini ialah berkaitan TEKNIK PEMASARAN BERJAYA .

Jom kita start ! :D

1) DIRECT SUPPLY 

- Basically untuk business yang pasarkan produk tak kira produk makanan , kesihatan ataupun baju contohnya , kita memang digalakkan untuk guna teknik ni. Salah satu sebabnya ialah , bila kita direct supply ke customer, secara tak langsung kita dah permudahkan kerja customer kita betui tak ? Peniaga macam ni la yang akan tarik lebih ramai pelanggan berbanding dengan peniaga yang cuma tunggu pelanggan datang. Dengan usaha kita untuk senangkan kerja pelanggan kita , insyaAllah urusan perniagaan kita pun akan dipermudahkan ya tak ? What you give , you get back . Dalam pada kita direct supply , kita jugak boleh offer customer utk free delivery buat customer yang tinggal area kawasan kita . Kalau kita duduk utara tapi cust dari selatan tu , terpaksa kita charge sebab jauh sangat kan ? hehe tapi kalau yang dekat tu , apa kata kita buat free delivery . Dapat jugak kita bersedekah tiap tiap kali produk kita dijual ;)

2) AGEN

- Buat Industri Lekor Pak Malau ni , kami memang tekankan konsep agen ni. Konsep ni sangat senang utk nak naikkan sales produk kita. Sebelum kami terang konsep ni dengan lanjut lagi, apa kata kita tengok gambar ni sat.


Okay . Sekarang ni kami akan cerita tentang agen ni melalui gambar tu. 

Manufacturer tu ialah kita ( pengeluar / boss / tauke )

Peringkat pertama tu boleh jadi kawan / family / pekerja kita yang mana dekat dengan kita. Melalui kumpulan satu ni , kita jadikan depa agen kita. Jadi kumpulan ni akan start promosikan produk kita kepada kenalan / kawan / customer baru / family depa yakni akan jadi kumpulan kedua.

Kumpulan kedua ni pulak , kita akan dapat melalui agen kita di peringkat pertama tadi. So geng nombor dua ni pulak akan ada kawan / family / sedara yang mana depa pun akan start bercerita / marketkan produk kita kepada orang yang depa kenal .

Flow ni akan jadi berterusan dan sentiasa berkembang . Jadi secara tak langsung , konsep ni akan berikan keuntungan buat perniagaan kita.

Ha untuk yang dah jadi agen / berminat nak jadi agen tu hampa jangan risau . Untuk hampa pun ada keuntungan dia jugak tau . Untuk agen, akan ditetapkan komisen yang akan diperoleh untuk kuantiti produk yang telah dijual . So masih ada peluang untuk agen jugak merasa keuntungan.

Walaupun kita nampak konsep ni macam senang, tapi sebenarnya pada permulaan tu akan ada sedikit susah dia. Ya la bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian kan :')

Setiap agen perlu ada prinsip dan target yang tersendiri. Untuk agen yang nak income yang banyak , so agen ni kena powerkan lagi marketing dia . Sebabnya, bila marketing power, sales meningkat. Bila sales meningkat , untung akan jadi banyak . 

Bila kita dah dapat kumpulkan ramai agen yang bermatlamat macam tu , so insyaAllah production dan sales perniagaan kita juga akan maju dan bertambah baik . 

Sekarang ,,,, dah paham dah konsep agen tu ? Ha tunggu apa lagi . Jom kita praktikkan ! 8)


Bersambung ....................... *jeng jeng jeng 

Sunday, 7 August 2016

Variety



Salam semua :D

Ha nampak semangat kan budak rambut oren ni melahap hahahaha * dia takdak kaitan pun dengan post kali ni *

So harini kami nak share dengan hampa pasai jenis-jenis keropok lekor yang kami jual . Jadi untuk sesiapa yang berminat , dah boleh buat pilihan nak beli jenis keropok yang mana satu . Kalau beli semua jenis lagi bagussss #SupportPakMalau 

Setakat ni , kami dah ada 5 jenis keropok lekor yang sedap kesemuanya insyaAllah . 
TADAA !! yang ni potong dadu

TADAAA ! ( lagi sekali )

1. LOSONG

- Losong ni rasa dia lain sikit daripada lekor . Isi dia lagi padat dan warnanya jugak agak gelap sebab kami guna ikan yang berlainan . Losong ni lebih nak dekat sama dengan keropok lekor di kawasan pantai timur.

2. LEKOR 

- Untuk lekor pulak , yang membezakan dia ialah cara dan teknik potongan keropok lekor tu sendiri. Yang pasti , rasa setiap satu masih sama.

          = NIPIS ; Untuk yang suka makan keropok lekor yang extra rangup , potong nipis ni sangatlah sesuai . 

          = FRENCH FRIES ; Mostly french fries ni ramai peniaga kantin / kafe yang beli . Selalunya akan dijual 5 batang RM 1

          = BATANG ; Bagi yang ni pulak , sesuai utk sapa-sapa yang nak potong ikut cara dia sendiri . Maksudnya , dia beli b                                       sebatang ( macam dalam gambar kat atas tu ) then , potong ikut ukuran dia . 
      
          = DADU ; Potongan dadu ni boleh kira macam keropok lekor popcorn , Sangat senang nak makan and boleh buat macam                              snek . Selalunya peniaga akan letak dalam cup , tuang sos / cheese . Pergh sedap gileerrrr ! 





nipis

french fries 

Setakat ni , yang seperti di atas ialah produk kami . InsyaAllah kami akan buat pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa . Sebarang komen membina amatlah diperlukan . 

Buat sesiapa yang nak buat order , boleh call / ws Encik Zamri aka Pak Malau ( 012- 477 2584 ) ataupun singgah mai kedai kami depan UiTM Permatang Pauh . 

Salam :)











































































































Monday, 1 August 2016

Durian Runtuh !


cc google image 

Assalamualaikum semua ! :)

Harini kami nak share kat hampa macam mana nak jana side income . Sebab sekarang ni kan ekonomi tengah gawat , pastu gaji maybe tak cukup utk tampung perbelanjaan betul tak ? So dengan ini , jom kita sama-sama menyahut seruan kerajaan utk buat lebih dari satu kerja .  pfft hahaha

Entri sebelum ni kami ajak hampa semua jadi agen keropok lekor kan ? Dah try ka belum yg tu ? Kalau rasa tak berapa sesuai , kami ada lagi satu option utk hampa yang memang berhajat nak jadi agen ni . 

" Apa yang best sangat jadi agen ni sebenarnya ? "

Basically , utk yang tambah income dia , tapi takmau start business sendiri , depa akan prefer utk jadi agen . Bila kita jadi agen (= org tengah ) , kerja kita hanya tolong promote produk seseorg then , untung kita boleh share sama-sama and yang paling senangnya , agen ni tak payah pun nak pening-pening pikir pasai production , untung-rugi semua . Yang dia kena buat just marketing ja . So senang kan ? 


Untuk kali ni , kami nak open offer untuk hampa yang teringin sangat-sangat nak tambah duit poket ni utk jadi agen Dodol Tok Nah . 

Kalau jadi agen kami , insyaAllah kami akan tolong selagi mampu utk hampa semua tambah side income.

Antara sebab hampa semua WAJAR hehehe jadi agen kami ialah ;

- komisen yang tinggi
- harga yang sangat berpatutan 
- berkualiti yang amat 

Kalau hampa nak tau lagi lanjut , boleh call / whatsapp 012- 477 2584 ( Zamri Sulaiman )

Semoga murah rezeki semuanya .

Sekian .