Sunday, 27 November 2016

Rahsia (( Murah Rezeki ))




Salam semua .

* post ni bukan sebab nak ajaq hampa buat cookie ka apa tau . Gambar sekadar hiasan hehe *

Tapi yang nak ditekankan kat sini ialah perkataan ' SHARE ' tu .

Okay , jom kita tadabbur sikit .

 Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 245
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

Fokus dekat yang warna merah tu . Harini kami akan berkongsi cara untuk berkongsi rezeki .

Lepas apa yang kita usaha , semuanya akan berbalik kepada Allah . Allah lah yang memberi rezeki kepada kita . Tapi dalam pada masa tu , apa yang kita buat untuk jemput rezeki tu datang kepada kita ? 

Berkongsi rezeki boleh jadi salah satu cara untuk kita menjemput rezeki . Haa macam mana pulak tu kan ?

Dalam konteks perniagaan , konsep berkongsi rezeki ni boleh diamalkan dengan cara kita perbanyakkan peluang pekerjaan untuk ramai orang supaya lagi luas peluang untuk komuniti dapatkan kerja. 

Dengan cara ni , kita bukan sahaja beri peluang pekerjaan kepada mereka , malah kita juga mampu untuk tambah nilai dalam diri mereka. Penambah nilaian dalam seseorang ni teramatlah penting sebabnya dengan nilai nilai diri yang unik dan menarik ni la yang akan jadikan seseorang tu lebih hebat dari orang lain .

Setakat ni , Team Pauh Lekor sudah semakin berkembang . Team kami terdiri daripada ;



  • Maksu
  • Makteh
  • Cikyah
  • Teah
  • Ecah
  • Timah
  • Tasnim
  • Hana
  • Jannis
  • Syafik
  • Aiman
  • Afiqah
  • Aizat
  • Anuar
  • Abglan
  • Lankucai
  • Tini
Terima kasih semua krew Team Lekor Pak Malau . Terbaik di dunia 👍

Semoga rezeki kita semua dimurahkan dan diberkati :)

Salam sayang .

No comments:

Post a Comment