﷽
Assalamualaikum semua !
Harini kami nak bocorkan lagi satu rahsia kami kat hampa semua . Haritu dah tau satu rahsia kan ? Rahsia macam mana nak goreng keropok lekor kan kan kan ? Dah try ka belum teknik yang kami share haritu ? Kalau dah try boleh comment kat kami , berjaya ka dak okay ?
So harini , kita akan tambah lagi satu ilmu pasai keropok lekor ni , tapi kali ni topik kita akan lebih fokus kepada apa saja business yang kita buat . Sebabnya topik harini ialah berkaitan TEKNIK PEMASARAN BERJAYA .
Jom kita start ! :D
1) DIRECT SUPPLY
- Basically untuk business yang pasarkan produk tak kira produk makanan , kesihatan ataupun baju contohnya , kita memang digalakkan untuk guna teknik ni. Salah satu sebabnya ialah , bila kita direct supply ke customer, secara tak langsung kita dah permudahkan kerja customer kita betui tak ? Peniaga macam ni la yang akan tarik lebih ramai pelanggan berbanding dengan peniaga yang cuma tunggu pelanggan datang. Dengan usaha kita untuk senangkan kerja pelanggan kita , insyaAllah urusan perniagaan kita pun akan dipermudahkan ya tak ? What you give , you get back . Dalam pada kita direct supply , kita jugak boleh offer customer utk free delivery buat customer yang tinggal area kawasan kita . Kalau kita duduk utara tapi cust dari selatan tu , terpaksa kita charge sebab jauh sangat kan ? hehe tapi kalau yang dekat tu , apa kata kita buat free delivery . Dapat jugak kita bersedekah tiap tiap kali produk kita dijual ;)
2) AGEN
- Buat Industri Lekor Pak Malau ni , kami memang tekankan konsep agen ni. Konsep ni sangat senang utk nak naikkan sales produk kita. Sebelum kami terang konsep ni dengan lanjut lagi, apa kata kita tengok gambar ni sat.
Okay . Sekarang ni kami akan cerita tentang agen ni melalui gambar tu.
Manufacturer tu ialah kita ( pengeluar / boss / tauke )
Peringkat pertama tu boleh jadi kawan / family / pekerja kita yang mana dekat dengan kita. Melalui kumpulan satu ni , kita jadikan depa agen kita. Jadi kumpulan ni akan start promosikan produk kita kepada kenalan / kawan / customer baru / family depa yakni akan jadi kumpulan kedua.
Kumpulan kedua ni pulak , kita akan dapat melalui agen kita di peringkat pertama tadi. So geng nombor dua ni pulak akan ada kawan / family / sedara yang mana depa pun akan start bercerita / marketkan produk kita kepada orang yang depa kenal .
Flow ni akan jadi berterusan dan sentiasa berkembang . Jadi secara tak langsung , konsep ni akan berikan keuntungan buat perniagaan kita.
Ha untuk yang dah jadi agen / berminat nak jadi agen tu hampa jangan risau . Untuk hampa pun ada keuntungan dia jugak tau . Untuk agen, akan ditetapkan komisen yang akan diperoleh untuk kuantiti produk yang telah dijual . So masih ada peluang untuk agen jugak merasa keuntungan.
Walaupun kita nampak konsep ni macam senang, tapi sebenarnya pada permulaan tu akan ada sedikit susah dia. Ya la bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian kan :')
Setiap agen perlu ada prinsip dan target yang tersendiri. Untuk agen yang nak income yang banyak , so agen ni kena powerkan lagi marketing dia . Sebabnya, bila marketing power, sales meningkat. Bila sales meningkat , untung akan jadi banyak .
Bila kita dah dapat kumpulkan ramai agen yang bermatlamat macam tu , so insyaAllah production dan sales perniagaan kita juga akan maju dan bertambah baik .
Sekarang ,,,, dah paham dah konsep agen tu ? Ha tunggu apa lagi . Jom kita praktikkan ! 8)
Bersambung ....................... *jeng jeng jeng
No comments:
Post a Comment