Thursday, 10 November 2016

Walafiat



Assalamualaikum semua . Sihat ka semua harini ? Harap harap semua dalam keadaan sihat sejahtera ;)

Setelah dah lama tak post entry kan , harini kami nak share satu benda yang menarik dengan hampa. Hampa semua takkan sangka kata benda yang kami nak share ni masuk akal.

Haaaaaaaaaa . Saspen tak ? 

* buat bunyi drum sikit *

Okay . Hehe topik harini ialah berkenaan KHASIAT/ KEBAIKAN KEROPOK LEKOR 

Sebelum ni mesti ramai yang ingat makan keropok lekor ni tak sihat kan ?

So kat sini kami akan terang kenapa kami cakap keropok lekor ni berkhasiat . Jom baca ! :D

1. Sumber protein

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.

2. Sebagai penambah selera makan

Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba...

3. Sebagai alternatif

Keropok lekor boleh dikatakan sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.

Sekarang dah terbukti kata keropok lekor ni berkhasiat dan bagus kan ? Apa lagi , jom beli dan makan keropok lekor . Erm sedapnya !

Sekian saja perkongsian kami untuk entri kali ni. Terima kasih semua

Semoga kita dimurahkan rezeki :)

Salam Jumaat.

No comments:

Post a Comment