Wednesday, 30 November 2016

Rasulullah :')



Assalamualaikum semuanya . 

Harini kita akan sharing sharing something pasai kekasih hati kita ni. Tapi sebelum tu, jom ramai ramai kita berselawat kepada Baginda.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Alhamdulillah . Okay so sekarang ni jom kita straight terus ke topik harini.

CARA BERBISNES DENGAN AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW 

  1. Tidak pernah bertengkar
  2. Teknik menjual yang unik
  3. Senyum :D
  4. Jujur
  5. Tidak bersumpah palsu
  6. Lemah lembut
  7. Tidak mengejar harta semata
  8. Pandai bertutur kata
InsyaAllah entri lepas ni kami akan ulas setiap satu point untuk tips berbisnes gaya Rasulullah :)

Salam sayang buat semua.
.
.
.
.

[reference ] 
http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-bisnes-cara-rasullullah-saw.html



Sunday, 27 November 2016

Rahsia (( Murah Rezeki ))




Salam semua .

* post ni bukan sebab nak ajaq hampa buat cookie ka apa tau . Gambar sekadar hiasan hehe *

Tapi yang nak ditekankan kat sini ialah perkataan ' SHARE ' tu .

Okay , jom kita tadabbur sikit .

 Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 245
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

Fokus dekat yang warna merah tu . Harini kami akan berkongsi cara untuk berkongsi rezeki .

Lepas apa yang kita usaha , semuanya akan berbalik kepada Allah . Allah lah yang memberi rezeki kepada kita . Tapi dalam pada masa tu , apa yang kita buat untuk jemput rezeki tu datang kepada kita ? 

Berkongsi rezeki boleh jadi salah satu cara untuk kita menjemput rezeki . Haa macam mana pulak tu kan ?

Dalam konteks perniagaan , konsep berkongsi rezeki ni boleh diamalkan dengan cara kita perbanyakkan peluang pekerjaan untuk ramai orang supaya lagi luas peluang untuk komuniti dapatkan kerja. 

Dengan cara ni , kita bukan sahaja beri peluang pekerjaan kepada mereka , malah kita juga mampu untuk tambah nilai dalam diri mereka. Penambah nilaian dalam seseorang ni teramatlah penting sebabnya dengan nilai nilai diri yang unik dan menarik ni la yang akan jadikan seseorang tu lebih hebat dari orang lain .

Setakat ni , Team Pauh Lekor sudah semakin berkembang . Team kami terdiri daripada ;



  • Maksu
  • Makteh
  • Cikyah
  • Teah
  • Ecah
  • Timah
  • Tasnim
  • Hana
  • Jannis
  • Syafik
  • Aiman
  • Afiqah
  • Aizat
  • Anuar
  • Abglan
  • Lankucai
  • Tini
Terima kasih semua krew Team Lekor Pak Malau . Terbaik di dunia 👍

Semoga rezeki kita semua dimurahkan dan diberkati :)

Salam sayang .

Thursday, 10 November 2016

Walafiat



Assalamualaikum semua . Sihat ka semua harini ? Harap harap semua dalam keadaan sihat sejahtera ;)

Setelah dah lama tak post entry kan , harini kami nak share satu benda yang menarik dengan hampa. Hampa semua takkan sangka kata benda yang kami nak share ni masuk akal.

Haaaaaaaaaa . Saspen tak ? 

* buat bunyi drum sikit *

Okay . Hehe topik harini ialah berkenaan KHASIAT/ KEBAIKAN KEROPOK LEKOR 

Sebelum ni mesti ramai yang ingat makan keropok lekor ni tak sihat kan ?

So kat sini kami akan terang kenapa kami cakap keropok lekor ni berkhasiat . Jom baca ! :D

1. Sumber protein

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.

2. Sebagai penambah selera makan

Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba...

3. Sebagai alternatif

Keropok lekor boleh dikatakan sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.

Sekarang dah terbukti kata keropok lekor ni berkhasiat dan bagus kan ? Apa lagi , jom beli dan makan keropok lekor . Erm sedapnya !

Sekian saja perkongsian kami untuk entri kali ni. Terima kasih semua

Semoga kita dimurahkan rezeki :)

Salam Jumaat.

Friday, 26 August 2016

Rahsia (( Marketing II )



ENTRI NI SAMBUNGAN UNTUK POST SEBELUM NI .
UNTUK YANG TAK BACA YANG SEBELUM NI PUNYA , BOLEH BACA KAT --------> SINI


Assalamualaikum semua . Sihat ka ? hehe semoga sihat semuanya.

Okay harini takmau mukadimmah panjang-panjang * sebab idea takmai lagi *

Sambung dengan tips minggu lepas, kami akan tambah lagi beberapa tips utk kita sama sama amalkan . InsyaAllah 

3) MEDIA SOSIAL

- Cara ni ialah cara paling berpengaruh dan cepat sekali untuk kita yang baru start nak berniaga / boleh kira lama dah berniaga / yang legend dalam business ni . Media sosial yang paling berkesan sekali ialah Facebook ( kalau sasaran pelanggan kita lebih kepada golongan belia dan keatas ) dan Instagram ( untuk yang targetkan customer dalam lingkungan remaja dan belia ) . Walau macam mana pun , kita boleh ja guna dua dua apps ni untuk promotekan produk kita. Blog pun boleh . Macam kami ni hohoho .

Kalau dah start guna Fb dan Insta ni , apa yang kita perlu buat ialah ;

  •  update setiap hari . kalau boleh dalam sehari tu , 3-5 kali. Bila kita kerap update post kita , orang akan nampak effort kita dan secara tak langsung kita akan mendapat tempat dalam hati pelanggan
  •  guna ayat santai . Boleh kalau nak formal, tapi sekali sekala tu apa salahnya kalau kita selitkan unsur lawak/ jenaka dan bahasa yang lebih mesra pelanggan . Bila post kita menarik , customer pun takkan pernah boring nak baca , depa siap tunggu lagi bila post kita nak update. 
  • letak contact number. Kalau kita promote gila gila sekalipun , tapi customer tak boleh nak berhubung dengan kita pun takdak guna jugak kan ? Antara yang kita boleh letak ialah , nombor telefon dan nombor ws ( kalau kita guna dua nombor ) 
Untuk sapa sapa yang tak tahu nak guna Fb atau Insta ni , boleh mintak tolong kawan kawan ataupun family untuk ajar . Jangan risau , senang ja nak paham benda ni . Lepas dah terer nanti haaa boleh la update selalu idok ?

4) SI PROMOTER

Utk nak handle media sosial ni kadang kadang boleh sampai jadi tak menang tangan kan ? Nak reply comment , update post selalu , edit gambar lagi . Jadi kalau nak senangkan , kita boleh upah pekerja yang kerja dia untuk handle marketing kat Fb dengan Insta ni ja . Pekerja ni akan uruskan semuanya yang berkaitan dengan pelanggan dan selok belok media sosial ni . Kerja kita pun akan jadi teratur dan tak kelam kabut dah . 

Oh jangan lupa untuk ingatkan pekerja pemasaran anda baca tips kami yang ketiga tadi tu hihi

5) FREE SAMPLE

" Apa pulak nak bagi free . Rugi la nanti ! " 

Haa mentaliti macam ni la kita kena buang kalau nak berjaya. 

Maybe dia fikir macam tu sebab dia taktau apa kebaikan kalau kita bagi free sample dekat pelanggan . 

Pelanggan ni ada macam macam gaya dan setiap seorang tu ada unik dia yang tersendiri . Kadang macam macam senario boleh timbul sebab customer ni yang kita boleh belajar dan perbaiki .

Contohnya: 

- Ada seorang customer ni terbaca post kita berkaitan produk yang kita jual . Dia teringin nak beli tapi dia takut produk kita ni tak berkualiti/ berkesan / seperti yang dia harapkan. Akhirnya dia tak beli .

Jadi kalau kita ada tawarkan sampel percuma untuk pelanggan yang ada buat permintaan , sekurang-kurangnya mereka dah cuba produk kita betul tak ? Penilaian tu dah boleh dibuat . Kalau memang betullah produk yang kita jual ni berkualiti insyaAllah pelanggan tu akan start beli produk kita . 

Bila kita fikir balik , apa sangatlah sampel percuma tu kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang akan kita dapat kalau kita dapat tambah lagi jumlah pelanggan kita . Tapi kita juga kena sedar , niat kita bagi free sample tu bukan untuk keuntungan ja tapi kita jugak boleh niatkan untuk sedekah .

Semoga dengan cara tu Allah permudahkan rezeki kita amin :)

Sekian saja . Selamat mencuba semua ! 

Nanti jangan lupa share macam mana perkembangan business hampa . InsyaAllah kita sama sama berkongsi .

Saturday, 20 August 2016

Rahsia (( Marketing ))




Assalamualaikum semua ! 

Harini kami nak bocorkan lagi satu rahsia kami kat hampa semua . Haritu dah tau satu rahsia kan ? Rahsia macam mana nak goreng keropok lekor kan kan kan ? Dah try ka belum teknik yang kami share haritu ? Kalau dah try boleh comment kat kami , berjaya ka dak okay ?

So harini , kita akan tambah lagi satu ilmu pasai keropok lekor ni , tapi kali ni topik kita akan lebih fokus kepada apa saja business yang kita buat . Sebabnya topik harini ialah berkaitan TEKNIK PEMASARAN BERJAYA .

Jom kita start ! :D

1) DIRECT SUPPLY 

- Basically untuk business yang pasarkan produk tak kira produk makanan , kesihatan ataupun baju contohnya , kita memang digalakkan untuk guna teknik ni. Salah satu sebabnya ialah , bila kita direct supply ke customer, secara tak langsung kita dah permudahkan kerja customer kita betui tak ? Peniaga macam ni la yang akan tarik lebih ramai pelanggan berbanding dengan peniaga yang cuma tunggu pelanggan datang. Dengan usaha kita untuk senangkan kerja pelanggan kita , insyaAllah urusan perniagaan kita pun akan dipermudahkan ya tak ? What you give , you get back . Dalam pada kita direct supply , kita jugak boleh offer customer utk free delivery buat customer yang tinggal area kawasan kita . Kalau kita duduk utara tapi cust dari selatan tu , terpaksa kita charge sebab jauh sangat kan ? hehe tapi kalau yang dekat tu , apa kata kita buat free delivery . Dapat jugak kita bersedekah tiap tiap kali produk kita dijual ;)

2) AGEN

- Buat Industri Lekor Pak Malau ni , kami memang tekankan konsep agen ni. Konsep ni sangat senang utk nak naikkan sales produk kita. Sebelum kami terang konsep ni dengan lanjut lagi, apa kata kita tengok gambar ni sat.


Okay . Sekarang ni kami akan cerita tentang agen ni melalui gambar tu. 

Manufacturer tu ialah kita ( pengeluar / boss / tauke )

Peringkat pertama tu boleh jadi kawan / family / pekerja kita yang mana dekat dengan kita. Melalui kumpulan satu ni , kita jadikan depa agen kita. Jadi kumpulan ni akan start promosikan produk kita kepada kenalan / kawan / customer baru / family depa yakni akan jadi kumpulan kedua.

Kumpulan kedua ni pulak , kita akan dapat melalui agen kita di peringkat pertama tadi. So geng nombor dua ni pulak akan ada kawan / family / sedara yang mana depa pun akan start bercerita / marketkan produk kita kepada orang yang depa kenal .

Flow ni akan jadi berterusan dan sentiasa berkembang . Jadi secara tak langsung , konsep ni akan berikan keuntungan buat perniagaan kita.

Ha untuk yang dah jadi agen / berminat nak jadi agen tu hampa jangan risau . Untuk hampa pun ada keuntungan dia jugak tau . Untuk agen, akan ditetapkan komisen yang akan diperoleh untuk kuantiti produk yang telah dijual . So masih ada peluang untuk agen jugak merasa keuntungan.

Walaupun kita nampak konsep ni macam senang, tapi sebenarnya pada permulaan tu akan ada sedikit susah dia. Ya la bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian kan :')

Setiap agen perlu ada prinsip dan target yang tersendiri. Untuk agen yang nak income yang banyak , so agen ni kena powerkan lagi marketing dia . Sebabnya, bila marketing power, sales meningkat. Bila sales meningkat , untung akan jadi banyak . 

Bila kita dah dapat kumpulkan ramai agen yang bermatlamat macam tu , so insyaAllah production dan sales perniagaan kita juga akan maju dan bertambah baik . 

Sekarang ,,,, dah paham dah konsep agen tu ? Ha tunggu apa lagi . Jom kita praktikkan ! 8)


Bersambung ....................... *jeng jeng jeng 

Sunday, 7 August 2016

Variety



Salam semua :D

Ha nampak semangat kan budak rambut oren ni melahap hahahaha * dia takdak kaitan pun dengan post kali ni *

So harini kami nak share dengan hampa pasai jenis-jenis keropok lekor yang kami jual . Jadi untuk sesiapa yang berminat , dah boleh buat pilihan nak beli jenis keropok yang mana satu . Kalau beli semua jenis lagi bagussss #SupportPakMalau 

Setakat ni , kami dah ada 5 jenis keropok lekor yang sedap kesemuanya insyaAllah . 
TADAA !! yang ni potong dadu

TADAAA ! ( lagi sekali )

1. LOSONG

- Losong ni rasa dia lain sikit daripada lekor . Isi dia lagi padat dan warnanya jugak agak gelap sebab kami guna ikan yang berlainan . Losong ni lebih nak dekat sama dengan keropok lekor di kawasan pantai timur.

2. LEKOR 

- Untuk lekor pulak , yang membezakan dia ialah cara dan teknik potongan keropok lekor tu sendiri. Yang pasti , rasa setiap satu masih sama.

          = NIPIS ; Untuk yang suka makan keropok lekor yang extra rangup , potong nipis ni sangatlah sesuai . 

          = FRENCH FRIES ; Mostly french fries ni ramai peniaga kantin / kafe yang beli . Selalunya akan dijual 5 batang RM 1

          = BATANG ; Bagi yang ni pulak , sesuai utk sapa-sapa yang nak potong ikut cara dia sendiri . Maksudnya , dia beli b                                       sebatang ( macam dalam gambar kat atas tu ) then , potong ikut ukuran dia . 
      
          = DADU ; Potongan dadu ni boleh kira macam keropok lekor popcorn , Sangat senang nak makan and boleh buat macam                              snek . Selalunya peniaga akan letak dalam cup , tuang sos / cheese . Pergh sedap gileerrrr ! 





nipis

french fries 

Setakat ni , yang seperti di atas ialah produk kami . InsyaAllah kami akan buat pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa . Sebarang komen membina amatlah diperlukan . 

Buat sesiapa yang nak buat order , boleh call / ws Encik Zamri aka Pak Malau ( 012- 477 2584 ) ataupun singgah mai kedai kami depan UiTM Permatang Pauh . 

Salam :)











































































































Monday, 1 August 2016

Durian Runtuh !


cc google image 

Assalamualaikum semua ! :)

Harini kami nak share kat hampa macam mana nak jana side income . Sebab sekarang ni kan ekonomi tengah gawat , pastu gaji maybe tak cukup utk tampung perbelanjaan betul tak ? So dengan ini , jom kita sama-sama menyahut seruan kerajaan utk buat lebih dari satu kerja .  pfft hahaha

Entri sebelum ni kami ajak hampa semua jadi agen keropok lekor kan ? Dah try ka belum yg tu ? Kalau rasa tak berapa sesuai , kami ada lagi satu option utk hampa yang memang berhajat nak jadi agen ni . 

" Apa yang best sangat jadi agen ni sebenarnya ? "

Basically , utk yang tambah income dia , tapi takmau start business sendiri , depa akan prefer utk jadi agen . Bila kita jadi agen (= org tengah ) , kerja kita hanya tolong promote produk seseorg then , untung kita boleh share sama-sama and yang paling senangnya , agen ni tak payah pun nak pening-pening pikir pasai production , untung-rugi semua . Yang dia kena buat just marketing ja . So senang kan ? 


Untuk kali ni , kami nak open offer untuk hampa yang teringin sangat-sangat nak tambah duit poket ni utk jadi agen Dodol Tok Nah . 

Kalau jadi agen kami , insyaAllah kami akan tolong selagi mampu utk hampa semua tambah side income.

Antara sebab hampa semua WAJAR hehehe jadi agen kami ialah ;

- komisen yang tinggi
- harga yang sangat berpatutan 
- berkualiti yang amat 

Kalau hampa nak tau lagi lanjut , boleh call / whatsapp 012- 477 2584 ( Zamri Sulaiman )

Semoga murah rezeki semuanya .

Sekian .

Friday, 22 July 2016

Rahsia (( Goreng ))






Assalamualaikum semua penggemar keropok lekor di luar sana.
Dalam minggu ni saya ada terima beberapa feedback berkenaan masalah keropok lekor :-
- meletop semasa menggoreng
- keropok tidak kembang
- keropok mengecut slps diangkat dari kuali
- keropok menggerutu
Jadi disini saya ingin berkongsi teknik menggoreng keropok lekor secara betul:-


Step 1 :
Gunakan api sederhana panas pada permulaan menggoreng ( api 30% ) . ia bertujuan untuk mengembangkan keropok ke tahap max . ianya mengambil masa lebih kurang 2-3 minit.

Step 2 :
Apbl keropok dah mengembang max. barulah dikuatkan api tahap max ( 100% ). ianya bertujuan utk membuatkan keropok masak luar dan dalam . semasa api kuat keropok hendaklah dikacau setiap masa.

Step 3 :
Apabila keropok bertukar ke warna kekuningan hendaklan memerlahan api ke tahap 10% sahaja. utk mengesahkan yg keropok masak luar dan dalam maka boleh diuji dgn penyepit . Tekan penyepit kpd keropok tadi dan sekiranya ia rapuh dan patah maka ia telah masak luar dan dalam.


Harap-harap lepas ni hampa semua dah boleh goreng keropok lekor macam pro dah :)

Sebarang pertanyaan yang bermain di benak minda ( acewah haha ) boleh hubungi :-

012- 477 2584 Zamri Sulaiman 

Sekian , Assalamualaikum . 



Sunday, 17 July 2016

{ 0 }



http://66.media.tumblr.com/60b382404061d9d567b8e54ee42b9252/tumblr_inline_n2qyqlioTw1raeb2i.gif




IKLAN JAWATAN KOSONG * kosong ni la maksud tajuk entri ni hihi
Assalamualaikum. Selamat Tengahari.
PERHATIAN!!
Kami mencari pekerja separuh masa @ sepenuh masa di industri lekor. Lokasi Hadapan UiTM Permatang Pauh, Kampung Belah Dua.
"KELAZATAN KEUTAMAAN KAMI"
Sesiapa yang berminat boleh hubungi terus
Zamri : 0124772584
Anuar : 0174830426





Friday, 15 July 2016

SPECIAL AGENT ?!




 here


[ ENTRI NI KHAS UNTUK YANG NAK JADI EJEN RAHSIA DARI KECIK ]


Hahahahaha , tak tak melawak ja .

Pihak kami nak umumkan yang ............................................





Kami amat memerlukan hampa semua yang berminat untuk jadi AGEN KEROPOK LEKOR PAK MALAU untuk tolong kami pasarkan produk kami dengan lebih luas lagi insyaAllah . 

Kalau hampa ada ciri-ciri yang kedebabom seperti berikut , anda amatlah digalakkan untuk menjadi SPECIAL AGENT kami hehehe . So , ciri-cirinya ialah ;
  • ada skil marketing yang mantap 
  • networking terbaik 
  • suka bercakap sampai lenguh mulut  hihi 
  • nak tambah pendapatan / side income
  • ikhlas bekerja 
Ha , dah baca dah ? So rasa-rasa menepati tak ? 

Kalau menepati tu , Alhamdulillah , boleh start call number Encik Zamri kita kat atas tu SEKARANG JUGAK ! Hehehe

Untuk yang tak menepati syarat tu , jangan close tab lagi . Sebab kami ada tawaran istimewa untuk hampa . JENG JENG JENG 




" Encik Zamri sangat berbesar hati untuk mengajar anda semua yang
 berminat nak jadi ejen tapi tak tepati syarat di atas . 
Beliau akan bagi tunjuk ajar , tips and tricks , 'secret recipe' of 
being an agent ( uish sakan :D ) dan pemantauan yang sangat
 berkesan untuk hampa semua . *FOC ! Allahu , takkan nak 
lepaskan peluang keemasan keperakan kegangsaan ni kan ? Hahaha , jemput hubungi
 number di atas untuk mulakan sesi pembelajaran anda !! "



p/s: Selagi mana anda berlapang dada untuk belajar , jangan risau , Allah akan permudahkan :')


Semoga Allah murahkan rezeki anda , kita dan mereka . Amin .

Sekian .

// footnote : 1) FOC = free of charge










Tak Kenal Maka Tak Beli






Kedai Operasi Keropok Lekor Pak Malau
Alamat - No 7 Kedai Pejabat Daerah Seb Perai Tengah ( Hadapan Uitm ) Kg Pertama , Pmtg Pauh , Pulau Pinang.


Waktu Operasi - 8.30am - 6.00pm
Tutup - Setiap Jumaat

Team Pauh Lekor sudah hampir 20 tahun beroperasi di alamat tersebut . Jadi untuk sapa-sapa yang nak beli keropok lekor untuk berniaga / makan dengan famili ataupun kawan-kawan , boleh mai singgah kedai kami. 

Tapi kalau hampa tak boleh mai , jangan risau sebab kami ada sediakan servis penghantaran secara PERCUMA untuk customer di sekitar Pulau Pinang . Untuk yang duduk dekat negeri lain akan dikenakan caj tapi jangan risau , insyaAllah berpatutan :)

Untuk harga dan jenis keropok lekor yang kami hasilkan , saya akan update pada entri akan datang okay ? 

Sekian . Assalamualaikum .